Ramai ibubapa yang keliru atau terfikir perlukah imunisasi tambahan diberikan kepada anak? Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang berumur 3 tahun ke bawah.
Sebenarnya, kerajaan atau kementerian kesihatan telah menetapkan skala imunisasi yang diperlukan oleh anak kita agar dapat dielakkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini. Tetapi bagi hospital/klinik swasta imunisasi tambahan diberi pilihan kepada ibubapa untuk mengambilnya atau tidak seperti rotavirus atau pheunomococal.
Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, ada yang berpendapat imunisasi asas sudah cukup sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan. Tetapi tak kurang juga yang berpendapat dengan keadaan dunia sekarang yang didatangi dengan pelbagai jenis penyakit yang dulunya tiada, perlunya anak-anak diberi imunisasi tambahan.
Terpulang kepada diri masing-masing. Kalau ibubapa yang berpendapatan lebih, apa salahnya berikan yang terbaik.
Filed under: anak, imunisasi, tips untuk ibu on June 21st, 2010 | No Comments »
Kali ini, saya ingin bercerita sedikit tip untuk penjagaan bayi iaitu pakaian bayi baru lahir. Dari segi saiz, belilah saiz newborn beberapa helai sahaja untuk hari-hari terawal. Kemudian, jika bayi anda membesar dengan cepat, pakaian yang bersaiz 3-6 bulan atau 6-12 bulan, boleh digunakan terus. Biasanya pakaian bersaiz ‘newborn’ hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja.
Dari segi barut perut bayi pula, yang bertampal lebih senang untuk dipakaikan lebih-lebih lagi jika bayi anda kuat menangis, segala-galanya perlu cepat mama! Banyak barut bertampal yang boleh didapati di pasaraya, lebih-lebih lagi melalui internet, pilih sahaja yang mana berkenan. Jumpa lagi….
Filed under: pakaian bayi, tips untuk ibu on June 17th, 2010 | No Comments »
Minggu berganti minggu, akhirnya kandungan yang ditunggu telah sampai ke minggu yang ke 33. Bagaimana perasaan anda dan yang pasti keadaan ibu-ibu saat ini? Mungkin ada yang mengeluh kecil, kepenatan yang tidak terhingga, sakit-sakit badan yang semakin terasa dan ketidakselesaan yang beraja menjadikan ibu-ibu sudah tidak sabar untuk bersalin. Tetapi perasaan takut juga menguasai diri, apatah lagi jika ini adalah pengalaman yang pertama.
Tetapi, tahukah ibu-ibu walaupun ini adalah pengalaman kedua atau ketiga untuk ibu-ibu, perasaan takut tidak pernah hilang dalam diri ibu tersebut. Malah, bagi ibu yang mempunyai pengalaman sebelum ini, merasa lebih risau apakah kali ini kelahiran akan berlaku secara normal seperti yang sebelum ini atau ada komplikasi yang bakal menanti? Mungkin ada antara kita yang masih lagi merasa jeritperih melahirkan anak pertama dahulu sehingga sekarang.
Apapun, kepada DIA jualah tempat kita hamburkan segala-galanya. Selagi masih ada kesempatan, mintalah kekuatan dan juga agar diberi ketabahan oleh-NYA untuk ibu-ibu menempuhi kelahiran nanti. Yang penting si comel anda juga sudah tidak sabar untuk melihat dunia, tendangan manjanya juga semakin menjadi-jadi setiap waktu.
Filed under: Ibu, ibu mengandung, mengandung, tips untuk ibu on February 18th, 2010 | No Comments »
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan penantian anda semua, akhirnya mampu jua edisi terbaru ebook Panduan Bakal Ibu disiapkan dan beberapa orang telah pun mendapatkannya beberapa hari yang lepas.
Semoga dengan edisi tersebut, mutu ebook dapat dipertingkatkan dan para ibu juga mendapat manfaat yang berlipat kali ganda. Saya juga berharap dengan lahirnya edisi terbaru tersebut, buku fizikal yang sebenar Panduan Bakal Ibu juga dapat dilahirkan tidak lama lagi. Bagi anda yang tidak berminat dengan ebook tetapi lebih suka kepada buku fizikal, nantikan kemunculan buku ini tak lama lagi.
Salam manis
Filed under: ebook on February 18th, 2010 | No Comments »
Masa seakan pantas berlalu, bagi ibu hamil yang telah menjangkau 7 atau 8 bulan sudah tentu tidak sabar untuk bersalin walaupun yang pasti perasaan takut semestinya ada. Mungkin kerana tak sabar untuk menatap wajah comel si kecil atau mungkin sudah tidak larat menanggung beban perut dan kesakitan atau lenguh-lenguh badan yang dirasakan di mana-mana. Sabar ibu-ibu, besar pahalanya tu…
Bagaimana dengan persediaan kelengkapan dan saving anda untuk tarikh istimewa nanti? Kalau sudah bersedia dengan tabungan, baguslah itu yang terbaik, maklumlah ada yang ingin bersalin di hospital swasta semestinya perlu bersedia dengan kos yang agak mahal. Jika anda belum mengetahui di mana dan berapa kos bersalin, eloklah anda bersedia dari awal. Contohnya anda ingin bersalin di hospital pakar An-Nur di Bangi, kos untuk bersalin secara normal dan bilik seorang lebih kurang RM1,500. Jadi jika masih ada 5 bulan sebelum anda bersalin 1500/5 bulan, anda bolehlah menyimpan RM300 sebulan. Itupun jika bersalin normal, kalau ada komplikasi atau masalah-masalah sampingan kosnya akan lebih tinggi. Jadi menyimpan dari awal amatlah bagus agar kita dapat menyediakan kos yang lebih.
Tetapi bagi yang bercadang untuk bersalin di hospital kerajaan seperti hospital Putrajaya atau Serdang, rasanya RM800 sudah mencukupi sebagai deposit untuk katil single. Jika anda bersalin normal dan hanya sehari di wad, mungkin ada baki yang akan dikembalikan oleh pihak hospital. Tetapi sekiranya anda bercadang untuk bilik berdua atau berempat, kosnya lebih rendah. Jadi saving anda tidaklah begitu membebankan.
Tetapi perlu diingatkan, banyak lagi kos yang perlu anda fikirkan dan perlu membuat penyimpanan dari awal. Segala-galanya ada saya terangkan di dalam ebook Panduan Bakal Ibu (PBI).
Sebelum saya mengundur diri, ingin diingatkan promosi PBI akan berakhir tak lama lagi. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan hadiah misteri dengan pembelian ebook ini sebelum berakhir Disember 2009. Year End Sale, YES!!!
Filed under: kos bersalin, tips untuk ibu on December 14th, 2009 | No Comments »
Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mendaptkan komen atau pendapat anda semua, mana yang lebih menarik dan juga selesa untuk bakal-bakal ibu. Adakah ebook atau ebuku atau dengan kata lain buku elektronik yang boleh dibaca melalui komputer atau secara langsung dengan mencetaknya sendiri ataupun anda lebih selesa jika ianya dicetak dan menjadi buku fizikal seperti biasa dijual di pasaran?
Komen dan juga cadangan dari bakal-bakal ibu akan kami pertimbangkan untuk perancangan dan juga masa depan ebook Panduan Bakal Ibu.
Salam manis
Filed under: ebook, ibu mengandung on December 9th, 2009 | No Comments »
Salam kepada rakan-rakan affiliates semua. Terima kasih kerana sokongan anda yang tak putus-putus berusaha mempromosikan ebook Panduan Bakal Ibu. Tanpa anda tak kemana jua panduan untuk ibu mengandung ini.
Pihak admin sekali lagi ingin mengumumkan berita baik sempena jualan besar-besaran akhir tahun 2009 tetapi kali ini khusus untuk rakan affiliates Panduan Bakal Ibu. Kalau sebelum ini dalam rekod affiliates anda ada memaklumkan bahawa bayaran untuk yang berjaya menjual ebook Panduan Bakal Ibu ini hanya RM7 tetapi ianya akan telah dinaikkan kepada RM10.
Bukan itu sahaja, ianya dinaikkan lagi sehingga akhir Disember 2009 kepada RM15 untuk rakan-rakan affiliates yang berjaya membuat jualan. Jadi apa tunggu lagi, gunakan kepintaran dan juga kebijaksanaan anda untuk menjual ebook Panduan Bakal Ibu ini sekarang.
Jangan biarkan peluang mudah untuk mendapatkan RM15 hanya dengan menjual sebuah ebook Panduan Bakal Ibu. Apatah lagi sekiranya anda mampu menjual 5 buah ebook ini bukankah anda akan mendapat RM75? Tetapi ingat hanya sehingga Disember 2009.
Kepada anda yang belum mendaftar lagi untuk menjadi rakan affiliates, daftarlah sekarang di sini http://www.panduanibu.com/affiliates Ianya percuma sahaja tetapi akan diberi ganjaran sekiranya anda dapat menjual ebook Panduan Bakal Ibu… YES!!!!
Filed under: affiliates, ebook on December 9th, 2009 | No Comments »
Sempena Karnival Membeli Belah ini rasanya tak seronok kalau pihak Panduan Bakal Ibu tidak turut serta dalam karnival ini. Maka, pihak kami juga membuat promosi untuk ibu-ibu mengandung di luar sana yang membeli ebook Panduan Bakal Ibu mulai hari ini hingga akhir bulan Disember 2009 akan mendapat hadiah misteri… Jadi dapatkan ebook PBI hari ini juga sementara stok masih ada. YEAR END SALE!!! YES!!!! cepat-cepat!
Filed under: ebook, ibu mengandung on December 2nd, 2009 | No Comments »
Wah, shopping sakan nampak? Maklumlah sekarang ni karnival membeli-belah telah kembali. Para ibu mengandung bolehlah mengambil peluang sebaik mungkin untuk berjimat dengan membeli barang-barang bayi dengan harga yang lebih murah.
Cuma berpada-padalah, ikut kemampuan kita sendiri… jangan membazir apatah lagi ingatkan diri kita bahawa banyak lagi kos yang perlu kita tanggung selepas ini selain pakaian dan barang keperluan bayi. Bagaimana dengan kos untuk bersalin, berpantang, kos akikah, kos cukur jambul, kos kita nak balik kampung (sekiranya ingin berpantang di kampung) dan macam-macam lagi kos yang perlu ada dalam perancangan anda.
Apapun, selamat bershopping!!! untuk mendapatkan tips dan juga mengetahui dengan lebih lanjut apa kos yang perlu kita sediakan, jangan segan-segan dapatkan ebook Panduan Bakal Ibu hari ini juga demi sebuah perancangan yang lebih baik.. insyaAllah!
Filed under: tips untuk ibu on November 23rd, 2009 | No Comments »
Salam semua,
Terlalu lama rasanya tidak menulis di blog ini malah blog-blog lain memandangkan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Bagaimana agaknya khabar para ibu mengandung? Masing-masing mesti ada program tersendiri, bagi yang sudah 7 bulan ke atas sudah semestinya sedang membuat persiapan untuk cahayamata yang bakal lahir. Maklumlah jangan disangka tiada yang bersalin di usia kandungan ini. Ada yang sudah menjangka tetapi ada juga yang tidak menjangkakan perkara ini. Maka bersiap sedia, bagi yang bekerja dan memandu sendiri ke tempat kerja, apa kata anda persiapkan beg pakaian dan keperluan di dalam bonet kereta… sediakan payung sebelum hujan.
Mesti ada yang masih teringat kisah ibu mengandung yang melahirkan bayi pramatang di atas kapal terbang AirAsia baru-baru ini. Nasib baik ada doktor yang menaiki penerbangan yang sam, pada mulanya beliau ingin pulang ke kampung untuk bersalin di sana tetapi rupanya bersalin di atas kapal terbang, apapun tahniah kerana bayi dan ibunya selamat apatah lagi bayinya mendapat penerbangan percuma seumur hidup dihadiahkan oleh syarikat penerbangan tersebut.
Mmm… bagi yang masih baru menempuhi alam kehamilan ini dan saat ini pula masih lagi menghadapi alahan yang teruk… harap ibu-ibu bersabar banyak-banyak… inilah dugaan berharga untuk anda sebagai seorang ibu. Kerana ketabahan dan kekuatan andalah, martabat wanita begitu mulia dalam Islam… sebab itulah ’syurga si bawah tapak kaki ibu’…
Saat ini juga mungkin boleh menjadi iktibar kepada kita bagaimana pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu kita yang sama-sama melalui apa yang kita lalui sekarang. Apatah lagi bagi ibu kita yang melahirkan anak yang ramai… besarnya pengorbanan mereka hanya DIA yang mampu membalas. Bagi saya sendiri, ingin juga anak ramai tetapi perit untuk menghadapi alam kehamilan dan kelahiran masih terasa biarpun baru dua orang, hehe…
Apapun, selamat menempuhi alam baru ataupun pengalaman kedua atau ketiga dan seterusnya bagi ibu-ibu yang telah mempunyai beberapa orang cahayamata.
Salam manis
Filed under: ibu mengandung on November 17th, 2009 | No Comments »